fbpx

Neelofa Cari Suami Berumur Lebih 30 Tahun

Walaupun kini sedang sibuk dengan perniagannya, Neelofa dalam masa yang sama menjelaskan ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekati dirinya namun pelakon dan pengacara ini sendiri mengelak untuk menjalin sebarang hubungan.

BACA: Neelofa Jawab Khabar Angin Bercinta Dengan Jejaka Inggeris

“Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya tetapi saya mengelak kerana tidak mahu memberi mereka harapan. Kalau saya mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki, biarlah hubungan itu ada hala tuju. Kalau boleh saya tak mahu bercinta dengan jejaka di bawah usia 30 tahun”

“Kalau boleh lelaki itu biarlah melepasi usia 30 tahun. Ini kerana bagi saya mereka dalam umur begini sudah matang dan sudah faham erti sebuah hubungan,” katanya kepada Harian Metro. Selain itu, Neelofa tidak meletakkan sebarang ciri-ciri lain untuk menjadi teman hidupnya.

Nampaknya peluang masih terbuka luas bagi jejaka di luar sana untuk memikat hati Neelofa. Semoga satu hari nanti Neelofa akan berjumpa dengan jejaka pilihan hati dan pastinya peminat pun tidak sabar untuk berkongsi rasa gembira. (rtky/s)