fbpx

Neelofa Bawa Keluarga Pergi Bercuti Ke London

Kalau anda mengikuti perkembangan akaun sosial Neelofa, pastinya anda tahu yang kini pelakon, pengacara dan ahli perniagaan itu berada di London sepanjang minggu lalu dan khabarnya kini dalam perjalanan pulang.

Dalam coretan terkini beliau di akhbar Harian Metro, Neelofa memaklumkan yang pemergian beliau ke London bersama keluarga adalah untuk bercuti bersama selepas percutian terakhir mereka di Dubai, UAE lebih setahun yang lalu.

BACA: Neelofa Akui Mahu Cari Duit Sebanyak Mungkin Sebelum Berkahwin

“Selain bercuti, sebenarnya kedatangan kami ke UK kerana nak tengok kolej yang sesuai untuk adik Lofa, Athisha. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, Athisha akan melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level di sini”

“Jadi kesempatan yang ada, alang-alang kami tengok kolej yang bersesuaian dengan minat Atihisha. Dulu Lofa pun ambil A-Level, jadi senang sedikit urusan Athisha, sebab dah ada kakak yang boleh beri pandangan meĀ­ngenai A-level,” tulis Neelofa.

Neelofa turut menceritakan yang beliau akan menjadi seorang yang kuat makan apabila berada di London dan tidak akan terlepas mencari sarapan terbaik setiap pagi di sana selain mengunjungi beberapa restoran terkenal ketika berada di sana.

Ikuti tulisan penuh Neelofa di Harian Metro & berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar percutian Neelofa sekeluarga ke London baru baru ini. Enjoice! (rtky/m)