fbpx

Natasha Hudson Kembali Lagi, Kali Ini Enggan Terima Tempahan Kuih Raya

Orang tua tua kata, kalau menjadi selebriti jangan bermain api dengan wartawan media.

Al-kisahnya kami menerima berita dari wartawan dari stesen TV yang popular dengan program hiburan hujung minggu beliau.

Pelakon & penyanyi wannabe Natasha Hudson di’khabarkan telah mungkir janji selepas menempah sejumlah kuih raya dari wartawan hiburan ini.

Namun selepas tempahan telah siap sedia untuk di’hantar, Natasha Hudson di’khabarkan enggan menjawab telefon & SMS wartawan ini namun ligat beraksi di Twitter.

Alasan yang wartawan ini terima akhirnya adalah Natasha Hudson terlalu sibuk dengan jadual beliau sehingga tidak sempat untuk mengambil kuih raya yang di’tempah.

Wartawan yang sering muncul di kaca TV ini agak terkilan dengan sikap Natasha Hudson dan melepaskan beberapa das tweet panas di Twitter.

Eh encik wartawan, apa kata sedekahkan tempahan kuih raya Natasha Hudson itu kepada kami, kami pun belum sempat meninjau bazar raya untuk membeli kuih tunjuk. Heh.