fbpx

Nampak Mesra Di Sidang Media, Fahrin Ahmad Tegaskan Hanya Kawan Adila Ramly

Foto terima kasih Cipot Redz

Sudah agak lama rasa’nya peminat hiburan Malaysia tidak dengar akan kisah cinta pelakon tampan yang masih single, Fahrin Ahmad.

Pernah dahulu kisah cinta Fahrin Ahmad menjadi bualan hampir setiap hari di bibir peminat dek banyak kontroversi yang melanda.

Selesa untuk kembali solo selepas itu, kini ada gossip baru tersebar mengatakan Fahrin Ahmad kini sedang hangat bercinta.

Gadis yang bertuah bertakhta di hati Fahrin Ahmad ini di’katakan Global Station Sdn Bhd, Adila Ramly & mereka berdua kelihatan mesra bersama ketika hadir ke Wajah Baru Wanita Inspirasiku TV3 di Sunway Giza, Kota Damansara sekitar minggu lalu.

Jurufoto kami berjaya merakamkan gambar Fahrin Ahmad & Adila Ramly yang kelihatan duduk bersama sepanjang majlis berlangsung. Namun, Fahrin Ahmad menegaskan yang mereka hanya berkawan.