fbpx

Najwa Latiff Peroleh 4A Dalam SPM

Semua maklum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 diumumkan siang tadi.

Tidak ketinggalan penyanyi “Cinta Muka Buku” Najwa latif turut mengambil keputusan SPM siang tadi.

Ketika dihubungi Gala Tv awal siang tadi, Najwa berkongsi berita gembira dengan peminatnya dengan memperoleh keputusan 4A.

Dilaman twitter, Najwa melahirkan rasa kesyukuran kerana lulus dalam semua matapelajaran yang diambilnya tahun lalu.

Untuk pengetahuan, Najwa Latif memperlahankan aktiviti seninya tahun lalu bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan besar yang bakal didudukinya.

Ucapan tahniah dari kami kepada Najwa Latiff. Dan tahniah kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012.