fbpx

Najwa Latif Akui Kerjaya Seni Semakin Perlahan

Sudah lama tidak muncul dengan lagu-lagu baru, Najwa Latif mengakui karier nyanyiannya agak perlahan sejak akhir-akhir ini kerana sibuk dengan pengajiannya di Universiti Antarabangsa UNITAR sejak setahun lalu.

BACA: Akaun Twitter Digodam, Najwa Latif Nafi Kena Raba

Menurut Najwa, dia kini perlu memberikan fokus kepada pelajarannya memandangkan dia kini sudah memasuki semester kedua dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di universiti tersebut.

Tambahnya, ketiadaan single terbaharu juga turut menjadi faktor namanya tenggelam berbanding rakan artis seangkatannya namun sehingga kini dia masih banyak menerima tawaran persembahan selain masih memenuhi jemputan pada hujung minggu.

“Single terakhir yang saya keluarkan adalah Hilang pada tahun lalu dan mungkin itu juga menjadi sebab saya dilihat senyap daripada industri wahal persembahan pentas masih saya lakukan seperti biasa,” katanya.

“Saya tidak menyepi daripada industri tetapi sedang sibuk dengan pelajaran tambahan pula saya kini sudah menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana muda di UNITAR,” katanya sambil memberitahu sudah terbiasa dengan berbagi masa antara pelajaran dan kerjaya kepada mStar Online. (rtky/s)