fbpx

Nad Zainal Sudah Pilih Nama Anak Pertama

Dalam orang lain sibuk menguruskan persiapan raya, Nad Zainal pula tidak sabar menantikan bayi pertama mereka yang bakal lahir Oktober ini. Pada masa yang sama, Nad nampaknya telah menyenaraikan beberapa nama untuk cahaya mata lelakinya namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu sehingga bayi itu lahir.

BACA: Nad Zainal Dedahkan Bakal Sambut Bayi Lelaki

“Semolek-moleknya, biarlah nama itu didedahkan sebaik anak dilahirkan nanti. Buat masa ini, doakan yang baik-baik supaya segala-galanya dipermudahkan. Memang sudah ada beberapa nama pilihan, cuma nama yang pendek-pendek saja asalkan membawa maksud yang baik, insya-Allah,” katanya kepada portal Malaysian Digest berhubung perkara itu.

Selain itu, apabila ditanya mengenai sambutan hari raya yang menjelma nanti, Nad memberitahu bahawa beliau lebih menjaga pengambilan makanan terutamanya ketika Aidilfitri nanti bagi memastikan kandungannya sentiasa sihat dan terjaga. Namun katanya, beliau masih ingin menikmati juadah hari raya tetapi mungkin akan berpantang sedikit.

Sementara itu untuk pakaian raya, Nad tidak merasa pening untuk mencari pakaian raya kerana kebanyakkan pakaiannya sudah ditaja oleh rakan-rakan serta beberapa pereka fesyen tempatan. Manakala kalau mengikut perancangan pulang berhari raya pula, mereka akan beraya di ibu kota terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung suami di Batu Pahat dan Johor Bharu. (rkty/w)