fbpx

Muzik: Yuna Berminat Tulis Lagu Khas Untuk Lagenda Rock, Amy Search

Baru balik dari hujung minggu yang indah? Selak beberapa halaman ke’belakang untuk tahu apa berita hiburan yang anda tertinggal.

Ini sebenarnya khabar tidak rasmi tetapi apabila membayangkan gabungan dua nama besar hari ini dan semenjak tahun 80’an, pastinya sesuatu yang awesome bakal timbul.

Semalam, Yuna melalui akaun Twitter beliau memuji gaya terkini Amy Search yang sememangnya kita tahu kini pandai mengenakan persalinan sesuai dengan status ikon muzik Malaysia.

Bukan itu sahaja, Yuna turut menulis yang beliau berminat untuk menulis sebuah lagu khas untuk Amy Search dendangkan. Tolong jadikan ini satu kenyataan, mahu dengar suara Amy Search dalam lagu ciptaan Yuna.