fbpx

Muzik: Siti Nurhaliza Bakal Duet Sean Kingston, Album Inggeris Ke Eropah

Sean Kingston! Eropah! Siti Nurhaliza adalah Mizz Nina yang baru. Oh kejap.

Siti Nurhaliza kini sedang giat mempersiapkan album Inggeris pertama beliau berjudul All Your Love untuk pasaran antarabangsa.

Menariknya, album terbaru Siti Nurhaliza ini melibat anak tiri beliau Adib Khalid, 21, bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

Awesome right?

Pertengahan Julai lalu, Siti Nurhaliza kongsikan single Inggeris terbaru beliau berjudul Falling In Love melalui Youtube dan sehingga hari ini ia’nya telah di’dengar lebih 40,000 kali.

Siti Nurhaliza turut berkata kepada Berita Harian hari yang beliau akan berkolaborasi dengan Sean Kingston dalam lagu Remember You dan seorang bintang R&B Australia Christian Alexander menerusi lagu I Wait Forever.

“Alhamdulillah sebutan bahasa Inggeris Siti semakin baik. Dengan lahirnya album All Your Love ini, cita-cita Siti untuk menembusi pasaran antarabangsa, mudah-mudahan akan tercapai, Insya-Allah”

Best of luck from us here at Rotikaya HQ. Jangan lupa jemput kami kalau kalau adakan konsert di’luar negara. Heh.