fbpx

Fazley Yaakob lancar album solo beliau selepas raya, Bunkface pun mahu turut serta lancarkan single selepas raya.

Band muzik kegemaran anda semua, Bunkface bakal muncul dengan single terbaru mereka berjudul ‘Panik’ selepas anda semua selesai kunyah ketupat Aidilfitri nanti.

Bunkface mengumumkan berita gembira buat peminat melalui laman Twitter rasmi mereka & persoalan kami samada Sam masih kekal sebagai vocalist Bunkface masih belum berjawab.

Update 1: Sebenarnya, anda boleh dengarkan lagu Panik di Youtube kerana mereka pernah persembahkan di GiG TV9, i-City pertengahan Julai lalu. No worries, Sam masih di’sini.

Kali terakhir khalayak mendengar kisah Bunkface adalah ketika Sam di’khabarkan di’tolak keluar dari band tersebut kerana masalah disiplin — namun di’nafikan & Sam tubuhkan band baru, The Azenders.

Status Sam dalam Bunkface masih samar samar sehingga hari ini & single terbaru mereka ini mungkin mampu menjawab segala persoalan tentang penglibatan Sam dalam Bunkface hari ini.

Kita sama-sama tunggu & until then, rock on!