fbpx

Mila Jirin, Isz Mustapha Selamat Bergelar Suami Isteri

Dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel E-City @ One Utama, Subang Jaya, Selangor penyanyi dan ahli perniagaan Mila Jirin atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin telah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz dengan sekali lafaz.

Mila Jirin telah menerima mas kahwin sebanyak dan hantaran wang tunai bernilai RM23,128.70 yang diinspirasi dari tarikh kelahiran penyanyi itu sendiri.

BACA: Di Sekitar Majlis Berinai Mila Jirin Semalam

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seadanya. Selepas ini ada dua lagi majlis akan diadakan. Ia permulaan fasa baharu buat saya dan suami. Semoga dipermudahkan,” kata Mila ketika ditemui BH Online.

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang pada 20 Di­sember depan manakala satu jamuan makan malam bersama wartawan pula akan berlangsung di Subang Jaya, Sela­ngor pada 23 Januari 2016.

Mila mula mengenali Isz sejak zaman persekolahan tetapi hanya di usia 20-an baharu hubungan mereka menjadi serius dan pasangan ini sama-sama menguruskan tiga perniagaan iaitu Bizmilla Catering, Baju Kurung Mila dan Restoran Embun Urai. Hasil perkongsian perniagaan, mereka sudah pun membeli rumah sendiri.

Semoga perkahwinan Mila akan membawa bahagia yang berkekalan dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar persiapan dan juga majlis pernikahan yang diadakan dalam suasana yang sungguh menarik. Enjoice! (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: BIZMILLA STUDIO