fbpx

Miera Liyana: Zubir Fitnah Kami & Kenyataan Dalam Artikel Penuh Penipuan

Hujung minggu seakan tidak sah tanpa menyebut nama Zubir, si penulis gossip Berita Harian.

Hari ini menerusi ruangan beliau, Zubir menulis satu artikel yang menyebut pasangan Miera Liyana & Shahz Jaszle kini sudah putus.

Wartawan kami yang di’tarik balik cuti di’tugaskan untuk hubungi Miera Liyana berjaya dapatkan kenyataan sebenar.

Seperti di’jangka, kenyataan Zubir dalam ruangan tulisan beliau satu fitnah semata mata dan Miera Liyana berkata hubungan mereka masih berjalan seperti biasa.

Menurut Miera Liyana, kali terakhir mereka bertemu adalah malam tadi ketika sama sama menikmati satu sessi romantik candle light dinner dan Shahz Jaszle juga tidak menunjukkan apa apa yang luar biasa sepanjang pertemuan tersebut.

“Ini bukan kali pertama dia (Zubir) tulis fitnah tentang hubungan kami dan saya sendiri tidak tahu apa masalah dia tidak mahu bertanya kepada saya terlebih dahulu sebelum menulis,” ujar Miera Liyana.

Mengulas tentang isu kereta yang di’pakai Shahz Jaszle,”Beb, biasalah pasangan bercinta pinjamkan kereta buat buah hati masing masing dan Shahz juga ada kereta sendiri, apa salahnya pandu kereta sendiri ‘kan?”

Dengan itu, buat kesekian kalinya gossip terputusnya cinta pasangan muda Miera Liyana & Shahz Jaszle ini terbukti tidak benar. Dan, sekarang anda boleh kembali ke meja makan menikmati hidangan Hari Natal anda. #LOL