fbpx

‘Love You Mr. Arrogant’ Ganti Cinta Jannah Mulai Hari Ini

Selepas Cinta Jannah yang berjaya menjadi perhatian ramai menutup tirainya pada malam tadi, TV3 melalui slot Akasia memperkenalkan satu lagi drama bersiri Love You Mr. Arrogant.

Dengan kehadiran muka baru seperti Azlee Khairi dan juga Zara Zya, gandingan pertama mereka di dalam drama yang diadaptasi dari novel, Love You Mr. Arrogant ternyata satu anjakan bagi slot Akasia untuk menjadikan stesen TV3 medium pertama di dalam memperkenalkan muka-muka baru bagi pelakon.

Drama rangkaian 26 episod ini mengisahkan tentang dua hati yang disatukan tanpa rasa cinta akhirnya terpaksa mengakui bahawa perasaan tersebut mulai timbul setelah mereka berdua disatukan dan Azlee Khairi (Irham) anak orang kaya yang luarannya tampak sombong namun jauh di sudut hatinya tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian oleh ibunya lakonan Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya (Sherry) yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan Irham.

#02 ‘Love You Mr. Arrogant’ Ganti Cinta Jannah Mulai Hari Ini - ROTIKAYA

Dari situlah bibit-bibit cinta mulai tersimpul apabila Zaraa (Zara Zya) dapat merasakan bahawa Irham mulai sayangkan dirinya.

Baru sahaja kecapi bahagia setelah masing-masing mengakui perasaan cinta mula bersemi, dugaan mulai muncul apabila kehidupan rumah tangga mereka diganggu oleh Faisal lelaki yang psiko dan juga Hardy sepupunya yang cuba mendekati Zaraa.

Tekanan Irham bertambah apabila Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah sakit jantung.

Mampukah Irham menyelamatkan rumah tangganya setelah ibunya meminta untuk dia berkahwin dengan Sherry sebagai permintaan terakhirnya sebelum pergi.

Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan mengotakan hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?

#03 ‘Love You Mr. Arrogant’ Ganti Cinta Jannah Mulai Hari Ini - ROTIKAYA

Diarahkan oleh sutradara Eoon Shuhaini dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob ini turut dibintangi Keith Foo, Anzalna Nasir, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias.

Nantikan drama yang sarat dengan emosi yang bakal menemani petang anda bermula pada 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 petang di TV3.