fbpx

Liyana Jasmay Telah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Diraikan dalam majlis perkahwinan gilang gemilang pada Februari 2013 dan kelmarin, kira-kira jam 7.40 petang, bertempat di Pusat Perubatan Prince Court, pelakon Liyana Jasmay telah selamat melahirkan seorang bayi comel perempuan seberat 2.9 kg secara normal.

Dihubungi Kosmo! semalam, ibu Liyana iaitu Datin Habsah meyatakan rasa syukur dan gembira dengan kelahiran cucu ke-enam yang merupakan bayi sulung pasangan Liyana dan Fathuddin.

Liyana dan bayinya juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

UPDATE-1: Liyana Jasmay telah kongsikan gambar pertama anak beliau di Instagram dan pasangan ini menamakan anak sulung mereka Sofia Arissa. Sedap namanya.

liyana baby

“Alhamdulillah, kedua-dua nya berada dalam keadaan sihat. Kami sekeluarga terutamanya Fathuddin sangat gembira dengan kelahiran anak pertama mereka,“ terang Datin Habsah.

Liyana akan ditahan di wad untuk beberapa hari lagi sebelum mendapat kebenaran pulang berpantang di rumah mereka. Tahniah buat Liyana Jasmay dan suami! (rtky/bsr)