fbpx

Liyana Jasmay Telah Selamat Kembali Ke Malaysia, Mula Rancang Kahwin

Oleh: Syafiqah Noor

Setelah enam bulan menetap di kota New York, Liyana Jasmay akhirnya kembali ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan penulisan skrip dan pengarahan di New york Film & Academy. 6 bulan kita sunyi sepi dengan cerita penyanyi lagu Ku Tak Percaya Cinta ini.

Liyana Jasmay bakal sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada Februari 2013. Liyana Jasmay sah menjadi tunangan kepada usahawan muda, Fathudin Mazlan di rumahnya Tropika Kemensah pada 28 Mac 2012 lalu.

Liyana sendiri ketika ditemui di KLIA sekembalinya beliau dari New York mengakui jadualnya sangat padat. Bermula dengan urusan majlis pernikahan beliau, Februari sehingga Mac 2013, beliau turut sibuk menguruskan Mermaid, production house yang ditubuhkan

Liyana sendiri bersama kakaknya.

Setelah segalanya selesai, barulah Liyana dan pasangannya akan memikirkan destinasi bulan madu mereka. Setakat ini masih belum dinyatakan destinasi pilihan bulan madu mereka. Kerja penting, majlis nikah pun penting juga ye Liyana.

Disamping itu, Liyana turut menyatakan rasa syukur kerana apa yang beliau impikan selama ini kini alhamdulillah berjaya. Liyana juga ada merancang untuk kembali ke New york untuk membuat shortfilm di sana seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini. Tapi semuanya masih dalam perancangan.

Ditanya tentang apa paling dirindui di Malaysia, Liyana Jasmay berkata beliau akan terus menikmati nasi lemak selepas temubual bersama kami kerana terlalu rindukan masakan unik Malaysia itu. Heh. Kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar untuk Liyana Jasmay.

Kredit Gambar: Malaysian Digest

zp8497586rq