fbpx

Selepas hebat di’gossipkan beliau bercinta dengan beberapa jejaka di Malaysia, hari ini beliau sahkan yang dirinya bakal menjadi milik seorang ahli perniagaan.

Liyana Jasmay sebelum ini pernah di’kaitkan dengan nama besar seperti Syamsul Yusof dan Aizat mengakui yang beliau telah pun menerima cincin merisik sekitar minggu lalu.

Jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati gadis ini bernama Fathuddin Mazlan, seorang ahli perniagaan muda dan juga jiran kepada Liyana Jasmay.

“Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin”, kata Liyana Jasmay kepada Berita Harian.

Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga jodoh Liyana Jasmay seperti yang di’idam idamkan selama ini. Jangan lupa jempuat kami semua makan nasi minyak. Heh.