fbpx

Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO. Tahniah!

Sepatutnya kami letakkan gambar Lisa Surihani seorang, tetapi ketika mencari gambar sesuai, terserempak dengan gambar comel mereka berdua. Jadi’lah.

Lagi pun pasangan Lisa Surihani & Mia Sara bakal muncul dengan filem terbaru mereka pada penghujung tahun 2011 ini — Papa, I Love You.

Dua tiga hari ini, isu perkahwinan Lisa Surihani & Yusry KRU menjadi bualan ramai sehingga gadis ini mengeluarkan kenyataan selamat dengan menunggu kenyataan dari pihak si lelaki.

Tetapi, bukan isu itu mahu kami mainkan di’sini tetapi Lisa Surihani telah menerima penghargaan dari badan politik Malaysia yang sedang bersidang hari ini.

Lisa Surihani terpilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid. – Berita Harian