fbpx

Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Oh My English! Hujung Minggu Ini

Saban minggu kami membaca komen peminat peminat yang mengatakan mereka terhibur apabila menonton program Oh My English! di Astro TVIQ (saluran 160).

Program berbentuk hiburan mendidik ini di’lancarkan sekitar Mei 2012 lalu bertujuan untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.

Menariknya, sehingga ke hari ini Oh My English! di Youtube sudah menerima lebih 3.25 juta tontonan dan kini memiliki lebih 85,000 peminat di laman Facebook mereka.

Di kaca televisyen, Oh My English! telah berjaya memikat lebih 1.5 juta penonton yang terdiri dari pelbagai peringkat umur & hujung minggu ini mereka ada sesuatu yang istimewa.

Untuk episod khas Oh My English! Ahad ini (22 Julai 2012), Lisa Surihani akan tampil sebagai tetamu jemputan khas yang akan mencari bakat lakonan baru dalam kelas 3M.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!