fbpx

Laporan: Zack New Boyz Bakal Berdepan Hukuman Mati Kerana Edar Ganja

Jika bersalah. Ura ura mengatakan Zack New Boyz menjalani hidup serba mewah hasil menjual ganja mula mendapat perhatian awal tahun 2010 yang lalu & kami ada menulis tentang khabar angin tersebut.

Laporan terbaru oleh Harian Metro hari ini mengesahkan yang Zack New Boyz telah di’dakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu & bakal berdepan hukuman mati.

Zack New Boyz atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun di’dakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bapa kepada dua anak ini di’tahan reman sejak di’tangkap pada tarikh yang di’dakwa & Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September 2012.