fbpx

Laporan: Pelawak Lelaki Terkenal Ditahan Polis Kes Penipuan RM80,000

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang lelaki bergelar pelawak terkenal telah di’tahan polis selepas di’syaki terbabit dengan kes penipuan terhadap orang ramai.

Penipuan yang di’jalankan pelawak ini turut membabitkan wang Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang keseluruhan’nya hampir mencecah sekitar RM80,000.

Pelawak lelaki ini di’tahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping untuk memberikan keterangan berhubung kes yang membabitkan beliau pada jam 4.00 petang semalam.

Ini kisah yang kami terima sekitar April 2012 dan kami rasa mempunyai hubungan kuat dengan penahanan yang berlaku di Taiping, semalam. Ini e-mail aduan.

Salam Rotikaya.

Nama saya Faizal atau lebih dikenali dengan nama Jai. Saya berumur 35 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Di sini saya ingin berkongsi cerita yang menimpa hidup saya.

Bermulanya dengan perkenalan saya dengan seorang selebriti program masakan yang di kenali ramai dengan nama Sarjan Saji atau nama sebenarnya Ahmad Jamil Bin Shuib juga dikenali dengan nama Sarjan.

selama 2 tahun. Pada 13/12/2011, Sarjan menjemput saya untuk menyertai beliau berkerja dengan sebuah syarikat Pengurusan Acara (Event Management) iaitu SME CONSULTANT yang di miliki oleh artis pelawak iaitu Hamdan Bin Ramli atau lebih di kenali dengan nama Hamdan Senario dan seorang lagi rakan beliau iaitu Syamsul Budiman.

Selepas berjumpa dan berbincang dengan mereka semua di pejabat SME Consultant, saya bersetuju untuk menyertai syarikat terbabit untuk menguruskan sebuah acara yang akan diadakan di Padang MPT, Taiping, Perak pada 3 dan 4 March 2012 dengan gaji sebanyak RM1500/- sebulan dan akan menerima keuntugan bersama (Profit Sharing) yang belum dipastikan jumlahnya.

Acara tersebut dikenali dengan nama Taiping Fest 1 Malaysia, dan tema acara tersebut ialah 1 Pelancongan, 1 Kampung, 1 Budaya.

Bermula dari 14/12/2012, saya telah mula berkerja sehinggalah pada awal bulan Februari apabila saya terdengar bahawa Sarjan ingin membuang saya dari syarikat tanpa apa-apa sebab.

Saya terus bersemuka dengan Syamsul Budiman, iaitu rakan kongsi kepada Hamdan untuk penjelasan dan dia memberitahu saya bahawa Sarjan tidak mahu saya terbabit pada hari acara tersebut tetapi saya masih berkerja di syarikat SME Consultant sehingga 29/02/2012.

Apa yang saya menghampakan saya ialah, saya tidak menerima gaji dari 14/12/2011 sehinggalah hari ini, dan sebilangan mereka yang terbabit dalam pengurusan acara tersebut termasuklah kerani di pejabat juga tidak mendapat gaji yang dijanjikan.

Malah selepas habis acara yang diadakan di Taiping, syarikat SME Consultant terus tutup dan mereka yang terbabit seperti Hamdan Senario, Sarjan dan Syamsul Budiman terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi lagi.

Sekian. Terima Kasih.