fbpx

Bertuah sebenarnya selebriti hari ini kerana mempunyai medium yang efektif untuk menjawab apa apa yang tidak benar di media.

Ini kisah Nur Fazura yang kurang senang dengan tulisan sebuah artikel dari akhbar tempatan yang menyentuh isu peribadi dan soal pilihan hati beliau.

Dalam artikel tersebut, penulis mendakwa yang Fazura sudah pun mempunyai pilihan hati sendiri & mengaku sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

Namun, Nur Fazura yang terkejut dengan maksud sebenar artikel itu terus memberikan penjelasan kepada para peminat beliau khas’nya dan juga peminat dunia hiburan Malaysia yang ingin tahu kisah lanjut soal perkahwinan Nur Fazura.

Menurut Nur Fazura, beliau bukan seorang selebriti yang gemar untuk mendedahkan maklumat perkahwinan untuk publisiti murahan dan tidak menyangka yang apa yang keluar dari mulut beliau di’manipulasi.

Mendedahkan kepada pengikut Twitter beliau, temubual bersama wartawan ketika itu adalah semata mata untuk promosi filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur dan tidak sekali pun bercakap soal peribadi.