fbpx

Ini mungkin entri terakhir berkaitan perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sebelum anda mendengar kisah baru daripada pasangan ‘selebriti’ ini — paling cepat jika si isteri mengandung.

Hujung minggu lalu, berlangsung resepsi perkahwinan ketiga pasangan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha setelah selepas resepsi kedua dua belah pihak di kampung halaman masing masing di Kelantan.

Resepsi ini berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara bermula sekitar jam 8.00 malam yang di’hadiri oleh para kaum keluarga, barisan rakan rakan atlet, rakan selebriti & juga media terpilih. Terpilih. Heh.

Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis yang berjaya di’rakam oleh unit jurugambar G.i Photoshoot untuk tatapan anda semua — di’harapan pasangan ini bahagia menempuh alam perkahwinan mereka.