Jangan Lupa Tonton Evolusi KL Drift 2 Bermula 25 Mac Ini!

E-mail Us: hi@rotikaya.com

Kes Nora Danish Lari Lokasi: Saya Tak Boleh Berlakon Dengan Fasha Sandha

November 14, 2009 by RotiKaya Staff  

Dua tiga hari ini kecoh media hiburan Malaysia tentang kes Nora Danish lari dari lokasi pengambaran Spa Qistina & lebih haru, timbul cerita pelbagai versi.

Cerita yang pelbagai ini timbul atas kerana masing-masing ingin menegakkan ego sendiri pada hemat kami. Nora Danish pada awalnya menyatakan yang sebab utama adalah pertembungan jadual

Namun, ada gossip menyatakan yang Fasha Sandha & Nora Danish tarik rambut ketika berada di set. Selepas itu, produser Spa Qistina sendiri mengeluarkan kenyataan yang menyelar Nora Danish sebagai tidak professional.

Hari ini, Nora Danish tampil & mengaku yang beliau tidak professional dan tidak boleh berlakon bersama Fasha Sandha. Lain pula bukan ceritanya?

Namun rezeki Nora Danish tetap ada, beliau akan menjalani pengambaran filem terbaru ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2′ bermula esok (15/11).

Harap Fasha Sandha tidak buka mulut berkaitan kontroversi ini. Nanti semakin melarat & panjang ceritanya. Nora Danish pun sudah di’ganti dengan Ummi Nazeera.

Comments

One Comment on "Kes Nora Danish Lari Lokasi: Saya Tak Boleh Berlakon Dengan Fasha Sandha"

  1. ewiezz on Sun, 17th Jan 2010 11:51 am 

    pro ke x pro ke, just pun urself in her shoes,, bg mereka2 diluar sana, kekdg mslh camni sukar nk diterjemahkan, bg mereka yg penah merasa maybe paham situasi Nora. Btul x elok bergaduh atau bermsm muka sesama sendri, tp kelihatan cam ade yg try nk meneguk di air keruh sengaja mengundang provokasi





Blog Widget by LinkWithin