Oleh RotiKaya Staff pada
22 September 2012, 11:09AM

Kenyataan Twitter Remy Ishak: Tiz Zaqyah Enggan Ulas, Akui TergangguPeminat mereka kini kembali tertanya tanya akan status sahih hubungan cinta mereka selepas pihak lelaki menulis kenyataan yang meragukan melalui Twitter. Twitter, I tell you.

Dua tahun dahulu, Twitter bukan satu medium yang di’ambil serius, kini menjadi sumber rujukan lebih lebih lagi kami yang maha pemalas. Dan, ini kenyataan balas Tiz Zaqyah.

Bercakap kepada Kosmo!, Tiz Zaqyah enggan memberikan komen tentang tulisan Remy Ishak di Twitter kerana ianya hak peribadi & tidak mahu memanjangkan cerita peribadi.

“Saya tidak mahu komen hal peribadi. Apa yang ditulis Remy di Twitter itu hak dia. Siapa yang baca Twitter dia bacalah — saya tidak mahu komen mengenai tulisannya di Twitter”

“Sebenarnya, saya penat disoal soalan yang sama berulang kali. Jika boleh, saya mahu peminat menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya bukannya kisah peribadi”

Selain enggan mengulas lanjut, Tiz Zaqyah juga mengakui yang beliau sedikit terganggu dengan isu sebegini & berkata beliau akan tetap bersikap professional dalam bekerja.

Tiz Zaqyah & Remy Ishak kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi tetapi masih belum ada babak bersama. Soalan paling cliché dalam dunia gossip, adakah orang ketiga? “Mengarutlah, tiada orang ketiga (antara kami),” ujar Tiz Zaqyah.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...