fbpx

Kamal Adli: Rancang Untuk Kahwin, Saya Masih Kekasih Intan Ladyana

Kamal Adli: Rancang Untuk Kahwin, Saya Masih Kekasih Intan LadyanaAgak lama juga sebenarnya para peminat tidak mendengar kisah terbaru pasangan kekasih ini sehingga timbul satu gossip mengatakan mereka kini sudah tidak bersama lagi.

Kamal Adli berkata yang beliau masih bersama Intan Ladyana walaupun terdapat kekangan masa untuk mereka berdua berjumpa di’khalayak ramai seperti dahulu.

Usia percintaan pasangan ini yang mencecah tiga tahun juga sering di’tanya bilakah masa’nya akan berakhir di jinjang pelamin. Kamal Adli akui ada merancang hal tersebut.

“Perancangan untuk berkahwin itu memang ada tetapi ketika ini saya mahu lebih fokus dalam membina nama saya untuk kekal lama dalam industri hiburan,” jelas Kamal Adli.

“Intan (Ladyana) sendiri tidak memikirkan sangat soal kahwin ini tetapi jika sampai masa’nya nanti, kami pasti akan beritahu semua,” tambah Kamal Adli lagi.

Kamal Adli di’temui pihak media ketika majlis pelancaran drama bersiri Putera Rayyan yang akan ke’udara setiap 10.30 malam Selasa & Rabu dan 9.30 malam setiap Khamis di TV3 bermula 31 Oktober 2012 ini.