fbpx

Justin Bieber Kembali Ke Malaysia Untuk MTV World Stage 2012

Berita baik untuk peminat & fanatik Justin Bieber di’Malaysia. Artis remaja yang juga fenomena dunia hiburan ini di’sahkan bakal kembali ke bumi Malaysia.

MTV telah mengesahkan barisan artis yang bakal membuat persembahan di MTV World Stage Malaysia 2012 kali ini dan salah seorang daripada merekaadalah Justin Bieber.

Dua orang lagi penyanyi yang bakal membuat persembahan selain Justin Bieber setakat ini adalah sensasi pop Korea, Jay Park, KARA & bintang dari Malaysia sendiri, Mizz Nina.

MTV World Stage Live In Malaysia 2012 bakal berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 14 Julai ini & anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi mereka.