fbpx

Juliana Evans Gembira Berjaya Tamatkan Pengajian Di Michigan, USA

Tidak kreatif langsung tajuk artikel kali ini, cliché sangat bunyinya. Maafkan penulis yang sangat kekurangan idea. Siapa tidak akan merasa gembira apabila penat lelah bertahun lamanya terbalas dengan sekeping ijazah di hari graduasi.

Juliana Evans baru baru berkongsikan rasa gembira beliau berjaya menamatkan pengajian selama lebih dua tahun di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat — melalui akaun Instagram beliau.

“Our dream came true finally. Thanks for everything mum so glad you are here,” tulis Juliana Evans dalam salah satu gambar yang dikirimkan yang menunjukkan ibunya turut hadir ke majlis graduasi beliau yang berlangsung baru baru ini.

Dalam nada bergurau, Juliana Evans turut berterima kasih kepada dua ekor kucing comel peliharaan beliau kerana menjadi teman bermain dan teman melengahkan kerja sepanjang belajar di sana. Dan, ada sekali gambar kucingnya.

Okay perlu berhenti menulis sebelum lebih merepek. Tahniah Juliana Evans atas kejayaan ini, bila mahu pulang ke Malaysia dan kembali aktif dalam dunia seni? Kami rindu. (rtky/m)