fbpx

Johan Raja Lawak Menyangkal Dakwaan Tidak Dapat Berikan Komitmen Promosi Filem

Minggu lalu, ada beberapa laman hiburan tempatan menulis perihal Johan Raja Lawak yang khabar’nya kini bermasalah.

Dan, beberapa aduan yang kami terima juga mengatakan Johan RL kini sudah tidak sudi untuk turun padang mempromosikan filem sendiri, Bujang Terlajak.

Kami sempat bertemu Johan Raja Lawak beberapa hari lalu ketika berkunjung ke konti Era FM untuk melihat gaya kerja beliau bersama krew JoHaRa Pagi Era.

Wartawan kami lontarkan soalan tentang isu komitmen beliau dan Johan Raja Lawak tenang berkata tidak adil untuk menyalahkan beliau 100% dalam hal ini kerana beliau sendiri mempunyai jadual yang penuh sehingga Ogos 2011.

Menurut Johan Raja Lawak, pihak yang menguruskan promosi filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur hanya memberikan jadual promosi 2 minggu sebelum bermula’nya kempen filem ini. 

Namun menurut penyampai baru Era FM ini lagi, beliau tetap meluangkan masa untuk turun ke majlis pratonton bersama peminat & media baru baru ini. Dan, khabarnya filem Bujang Terlajak kini sudah pun mengutip lebih RM1.5 juta.