fbpx

Jep Sepahtu Cemburukan Populariti AC Mizal?

Nampaknya kali ini, sekali lagi nama Jep Sepahtu dilanda kontroversi apabila dikatakan iri hati dengan populariti yang dikecapi oleh AC Mizal. Sekali dengar rasa kelakar pun ada juga.

BACA: Difitnah Mengamuk Kalah MLM 2014, Jep Sepahtu Mahu Saman Akhbar

Menerusi ruangan Pancaindera Ahad lalu, Jep didakwa makan hati dengan peminat AC yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminat pelawak itu sendiri setiap kali membuat persembahan dalam sebuah rancangan realiti baru-baru ini.

Sudahlah Jep sebelum ini dikaitkan dengan khabar angin yang menyebabkan dia mahu mengambil tindakan terhadap satu akhbar kerana memfitnah dirinya, kemudian disusuli pula dengan kemalangan yang dialami baru-baru ini, kini terpalit pula isu yang tidak matang ini.

Kami pasti, AC dan juga Jep cukup profesional sepanjang pembabitan mereka dalam bidang seni. Isu makan hati atau cemburu ini seharusnya tidak timbul memandangkan mereka sendiri sudah cukup dikenali dan punyai peminat tersendiri. (rtky/syfq)