fbpx

Janna Nick Elak Adegan Berpelukan

Pelakon drama terbaru Suami Tanpa Cinta, Janna Nick meluahkan rasa syukur diatas penerimaan orang ramai terhadap keserasian beliau bersama Shukri Yahaya didalam drama itu. Namun jelasnya, beliau akan cuba untuk mengelak melakukan adegan berpelukan melampau sehingga boleh menimbulkan kemarahan.

BACA: Janna Nick Kurang Senang Dibandingkan Dengan Ayda Jebat

“Macam Shukri, walaupun suami orang dia tidak meletakkan sebarang syarat pelik pada saya dari segi lakonan. Cuma saya kena faham sendirilah untuk tidak terlalu melampau pada lakonan. Sebab bagi saya orang pun tak suka kalau lakonan itu nampak terlalu over, macam berpeluk-pelukan”

“Saya dengan Shukri cuba tampilkan adegan mesra yang nampak sweet tetapi tidak melampaui batas. Biar orang tengok pun jadi suka dan tidak mengutuk. Saya takkan buat adegan berpelukan hingga menimbulkan kemarahan orang ramai,” jelas Janna kepada Mangga Online.

Malah baginya, sebagai seorang penggiat seni beliau akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengundang kemarahan orang ramai. Namun bukanlah bermakna kerana beliau takut dikritik, lebih-lebih lagi dilaman sosial tetapi beliau lebih senang memenuhi permintaan peminatnya supaya mereka gembira melihatnya berlakon. (rkty/w)