fbpx

Jadi Anak Ikan, Polis Pantau 5 Selebriti Lelaki Tempatan

Mungkin untuk menyara kehidupan bergelar selebriti dan kos sara hidup yang tinggi, sekurang-kurangnya lima selebriti lelaki tanah air sedang dipantau pihak berkuasa kerana dipercayai menjadi anak ikan atau lelaki peneman kepada golongan wanita kaya dan kenamaan (VVIP).

BACA: Jadi Escort Girl, Polis Pantau 10 Artis Wanita Tempatan

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya sememangnya memantau pergerakan beberapa selebriti tanah air yang dikesan terbabit dalam kegiatan itu.

“Mereka (selebriti) jangan ingat kerna populariti boleh terlepas. Saya tegaskan supaya mereka semua bertaubat dan hentikan kerja terkutuk itu jika tidak mereka akan diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Tambah Roslee, kebanyakan mereka yang terlibat di dalam kegiatan ini dipercayai pendatang baru yang suam-suam kuku dalam dunia hiburan tapi mampu hidup mewah tanpa tawaran berterusan dalam bidang lakonan atau nyanyian.

Selain itu, menurut Roslee, melalui hasil risikan juga mendapati selebriti terbabit juga bukan sahaja menemani pelanggannya di pusat hiburan semata-mata malah ada juga yang dipercayai berakhir di ranjang selain menjelaskan bahawa aktiviti persundalan ini salah di sisi undang-undang. (rtky/s)