fbpx

Isu Bercinta: Uqasha Senrose Mahu Keluar Dari MIG

Belum reda rupanya kisah percintaan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose ini. Dari tersebarnya gambar mereka berpegangan tangan sehinggalah pihak pengurusan mereka yang merasa kurang senang.

Kosmo! melaporkan yang Uqasha Senrose berhasrat untuk meninggalkan pihak pengurusan MIG Talent selepas kontrak beliau bersama mereka tamat & kini masih berbaki selama tujuh bulan.

Namun apabila di’ajukan sama ada hasrat untuk keluar dari MIG ini ada kaitan dengan isu bercinta bersama Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose pantas menafikan dakwaan tersebut.

“Tidak. Saya memang bercadang keluar daripada MIG sebelum kenal Pekin Ibrahim lagi. Tolonglah saya tidak mahu mengulas lagi perkara ini,” jelas Uqasha Senrose ringkas.

Sementara itu, Pekin Ibrahim yang di’minta mengulas perkara ini berkata yang Uqasha Senrose mampu pergi jauh kerana bakat yang di’miliki walaupun bukan berada di’bawah pengurusan MIG.