Oleh RotiKaya Staff pada
29 November 2012, 10:11AM

Iqram Dinzly Tinggalkan 'Jalan Jalan Cari Makan' Kerana Takut Gemuk?Ramai peminat memberikan reaksi yang positif terhadap mutu pengacaraan Iqram Dinzly dalam program Jalan Jalan Cari Makan selepas menggantikan .. anda tahu siapa.

Namun, ada berita yang kurang gembira untuk peminat program ini apabila Iqram Dinzly khabarnya enggan menyambung tugas beliau itu di'musim yang akan datang.

Sehingga kini, menurut Iqram Dinzly beliau telah merakamkan 20 episod untuk program tersebut tetapi sama ada beliau akan teruskan tugas itu ianya masih dalam pertimbangan.

“Bukan kerana tidak enjoy mengacara program tersebut, tetapi penambahan berat badan membuatkan saya agak bimbang untuk meneruskannya,” ujar Iqram Dinzly mengulas perkara ini.

Iqram Dinzly berkata kepada Media Hiburan baru baru ini yang jika di'takdirkan untuk terus bersama program tersebut, beliau akan teruskan — jika tidak, ia satu pengorbanan.

how to get your ex back

Apa kata anda? Anda mahu Iqram Dinzly terus mengacarakan Jalan Jalan Cari Makan atau anda bersedia untuk menerima orang baru menerajui program makanan tersebut? Heh.

zp8497586rq

Komen & Lain-lain