fbpx

Iqram Dinzly Bengang Dituduh Jalin Hubungan Songsang

Semalam, portal hiburan OHBULAN! ada menyiarkan satu gossip mengatakan seorang pelakon lelaki telah pergi ke sebuah kelab untuk golongan gay di London untuk berfoya foya selain ada berbalas mesej lucah dengan seorang pelajar lelaki Malaysia di sana.

BACA: Pelakon Malaysia Keluar Masuk Kelab Gay, Jalan Hubungan Songsang Di London (ext.)

Dan, para peminat mula berspekuali yang pelakon itu adalah Iqram Dinzly. BOOM!

“Ya, saya mengakui saya hanya pergi ke kelab malam tersebut hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Namun, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya melakukan hubungan songsang kerana ia tidak mempunyai bukti”

Dalam kenyataan kepada Kosmo! juga, Iqram Dinzly berkata pertukaran mesej yang berlaku antara beliau dan pelajar tersebut hanyalah gurauan biasa antara rakan rakan yang rapat dengan beliau dan bukan bermakna mereka menjalin hubungan songsang.

“Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga,” jelasnya lagi.

Jadi di sini Iqram Dinzly tidak menolak yang ianya memang berlaku namun semua ini bukan bukti yang beliau merupakan seorang gay atau menjalinkan hubungan songsang seperti didakwa.

Menerusi Harian Metro, Iqram Dinzly meluahkan rasa kesal beliau dilibatkan sekali dengan kontroversi yang bukan bukan seperti ini dan menurutnya kali ini beliau tidak akan berdiam diri seperti sebelumnya.

“Ini betul-betul dah melampau. Jangan cabar tahap kesabaran saya. Apa yang orang itu cuba buktikan atau nak tunjuk pada semua dengan tuduhan begitu? Saya dah penat berdiam diri selama ini, kali ini saya akan bertindak,” katanya. (rtky/m)