fbpx

Harith Iskander Sindir Sikap Pemandu Teksi Mogok

Berikutan mogok yang dilakukan oleh pemandu teksi di ibu kota semalam, ramai yang menyuarakan pendapat mereka di laman sosial termasuklah barisan selebriti. Tidak ketinggalan, Harith Iskander turut menyuarakan pendapatnya mengenai situasi tersebut melalui Instagram.

BACA: Isu 2 Kerja: Harith Iskander Sindir Ahmad Maslan

8- Harith Iskander Sindir Pemandu Teksi Mogok - ROTIKAYA

Melalui kenyataannya di Instagram tersebut, Harith menjelaskan bahawa pemandu teksi yang menyertai mogok sebenarnya dalam masa yang sama telah melepaskan peluang untuk mendapatkan pelanggan. Sebaliknya, masalah itu menyebabkan pelanggan terpaksa memilih perkhidmatan Uber dan juga Grab Car.

Rata-rata pengikutnya di Instagram setuju dengan perkara tersebut selain turut menyatakan pendapat mereka mengenai mogok yang diadakan di Bukit Bintang, bermula sekitar jam 10 pagi dan hanya berakhir dua jam kemudian.

Melalui Astro Awani, mogok tersebut diadakan kerana pemandu teksi bengang dengan perkhidmatan kereta sewa persendirian Uber dan Grabcar. Protes tersebut melibatkan 300 pemandu teksi yang meletakkan teksi di jalanan sekali gus menghalang laluan utama. (rtky/s)