fbpx

Hanis Zalikha & Hairul Azreen Sah Bergelar Suami Isteri

Hanya dengan sekali lafaz, Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri dalam satu majlis nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong.

BACA: Hanis Zalikha & Hairul Azreen Tidak Peduli Apa Orang Kata

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir,” kata Hanis kepada Berita Harian.

Pasangan itu dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali selepas solat Jumaat pada jam 3.50 petang.

Hanis menerima wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. Hairul turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300.

Pihak pengantin wanita menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin lelaki.

Majlis resepsi mereka akan dilangsungkan pada 14 Jun ini di Hotel Majestic. Antara rakan hadir yang turut hadir ialah Sariyanti, Yasmin Hani, Diana Danielle, Datin Nina Juren, Dafi dan Hafizul Kamal.

Semoga ikatan pasangan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan pastinya selepas ini ramai peminat tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak sulung Hanis dan Hairul. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar majlis pernikahan yang berlangsung bersama anda. Enjoice! (rtky/s)