fbpx

Hang Dimas: Mereka Janji Guna Untuk Montaj Sahaja & Bocor Ke Internet

Sekitar tengah hari tadi, Hang Dimas menulis melalui Twitter rasmi beliau yang single terbaru Hujan telah bocor ke internet.

Lagu berjudul Rumah Kita secara eksklusif di’perdengarkan di konsert Suara Kami 2011 Sabtu lalu merupakan single terbaru Hujan.

Kami yang bertemu Hang Dimas ketika preview filem al-Hijab malam tadi sempat bertanyakan orang hadapan kumpulan Hujan ini berkaitan isu lagu bocor ini.

Menurut Hang Dimas, beliau menyerahkan salinan lagu Rumah Kita versi tidak lengkap kepada pihak Suara Kami 2011 atas permintaan mereka untuk proses merekabentuk montaj yang akan mengiringi persembahan Hujan pada malam konsert.

Selepas montaj siap, pihak Suara Kami 2011 berkongsi pautan ke satu akaun Vimeo yang private dan Hujan bersetuju untuk menggunakan montaj yang telah di’siapkan.

Tetapi, video montaj yang di’gunakan Hujan ketika konsert Suara Kami 2011 bersama lagu Rumah Kita yang belum siap mula tersebar di Youtube pada hari yang sama berlangsung’nya konsert.

Hang Dimas tampak kecewa dengan insiden yang boleh di’elakkan ini kerana lagu Rumah Kita ini boleh di’anggap sebagai hadiah buat peminat Hujan dan rakyat Malaysia — tetapi di’salahgunakan oleh pihak lain.