fbpx

Hanez Suraya Nafikan Saman MAS Tindakan Melulu

Teraju utama pementasan teater Projek Kahwin, Hanez Suraya telah membuat kenyataan yang dia mahu menyaman pihak MAS berhubung penyebaran tiket percutiannya bersama kekasihnya, Romie ke luar negara baru baru ini.

Bertemunya di Istana Budaya pada petang semalam, Hanez telah memohon maaf kepada semua pihak media yang hadir bahawa dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung dengan kes saman itu kerana telah dinasihatkan oleh peguamnya.

BACA: Tiket Penerbangan Tersebar Di Laman Sosial, Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS

“Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai kes mahkamah yang sedang berjalan ini kerana dikhuatiri boleh bercanggah dengan kenyataan-kenyataan tersebut. Setakat ini saya serahkan semuanya pada peguam terlebih dahulu,” ujarnya.

Menurut Hanez Suraya, perkara ini berkaitan dengan hak privasi dirinya lebih lebih selepas dihimpit kontroversi negatif sebelum ini dan tindakan menyaman MAS ini diambil selepas mendapat nasihat dari peguam, bukannya suka suka & melulu.

“Bukan apa perkara ini telah melibatkan hak privasi saya yang telah diceroboh — apabila isu ini timbul sudah tentulah orang sekali lagi akan berfikiran negatif dan tanpa sebarang bukti dan selidik orang akan terus mencaci dan berkata bukan-bukan terhadap saya”

“Sepatutnya orang ramai perlu membaca keseluruhan cerita yang telah ditulis oleh wartawan tentang isu tersebut, bukan setakat membaca tajuk dan terus membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” katanya ramah.

Tambahnya lagi, buat masa sekarang bukti sudah dikumpul tetapi dia masih lagi terikat dengan peguamnya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Hanez Suraya akan bersama-sama dengan Izzue Islam dan juga para pelakon lain seperti Kila Fairy, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Imam Muda Ashraf, serta penampilan khas, Forteen dalam Teater Projek Kahwin yang akan berlangsung pada 6-14 Jun 2014. (rtky/hfz)