fbpx

Gossip: Zizan Raja Lawak Akan Lakon Watak Cicakman Dengan Konsep Baru?

Seharian berada di’luar pejabat mencari sesuap gossip bukan satu perkara sia sia — jika pandai.

Ini sesuatu yang belum anda dengar atau baca dari mana mana sumber berita hiburan tipikal. Ini datang dari sumber yang sangat boleh di’percayai.

Anda semua mesti rindukan filem Cicakman yang berakhir dengan sekuel Cicakman 2: Planet Hitam sekitar tahun 2008 dahulu.

Ini berita terbaru yang kami dapat dari seseorang, filem Cicakman 3 adalah sesuatu yang pasti & akan menampilkan satu kelainan kerana pihak produksi sudah merancang untuk merombak barisan pelakon, juga barisan tenaga kerja di’belakang tabir.

Perubahan paling ketara adalah pelakon utama yang sebelum ini di’pegang oleh Saiful Apek, dan khabarnya bakal di’ganti oleh Zizan Raja Lawak untuk mengekalkan elemen komedi.

Bukan itu sahaja, menurut sumber rapat dengan pihak produksi, Yusry KRU tidak lagi berminat untuk menyambung tugas untuk mengarahkan filem ketiga Cicakman ini — dan seorang pengarah berpengalaman telah pun di’pilih.

Tetapi yang paling menarik buat kami, Cicakman 3 akan di’hasilkan dalam format 3D — menjadikan filem ini filem superhero pertama Malaysia tampil dalam format sebegitu.