fbpx

Gossip: Neelofa Jumpa Pengganti, Kini Bercinta Dengan Hans Isaac?

Gossip ini mungkin mengejutkan ramai pihak & peminat hiburan tetapi tidak mengapa, kita layankan.

Harian Metro menerusi ruangan gossip mereka menulis tentang hubungan cinta baru seorang aktor kacak popular dengan aktress muda yang meningkat naik.

Pasangan ini di’katakan kelihatan menonton wayang bersama di sebuah pusat membeli belah di Damansara & mereka kelihatan begitu mesra.

Neelofa & Hans Isaac di’katakan berpimpin tangan menuju ke tempat meletak kereta dan Neelofa juga di’katakan melentokkan kepala di’bahu si jejaka.

Nyatanya, bukan sumber Harian Metro seorang yang nampak kelibat mereka berdua tetapi beberapa orang wartawan awam di Forum Cari juga mengesahkan mereka terserempak dengan pasangan ini di The Curve, Damansara.

Kami akan cuba mendapatkan kenyataan dari salah satu pihak sama ada Neelofa atau Hans Isaac sendiri secepat mungkin untuk mengesahkan gossip ini. Stay tuned

UPDATE-1: OHBULAN! berjaya mendapatkan kenyataan dari Neelofa yang menafikan hubungan cinta beliau dengan Hans Isaac. Selesai!

UPDATE-2: Entri terbaru penafian dari Neelofa berkaitan gossip bercinta dengan Hans Isaac selepas temubual bersama kami. Check it out!