fbpx

(Gossip) Jue Aziz & Amar Anak Wayang Keluar Bersama, Ada Apa?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Apabila manusia-manusia mula masuk kerja & habis bercuti hujung minggu, maka bertebaran gossip tentang selebriti yang mereka lihat.

Yang ini datang dari seorang peminat hiburan yang berpeluang untuk menghabiskan masa hujung minggu di Berjaya Times Square & pulang dengan gossip.

Beliau ternampak kelibat dramatis seksi Malaysia, Jue Aziz berjalan beriringan dengan Amar (Anak Wayang) di’sana. Dan, seperti peminat gossip tipikal, ada apa mereka berdua?

Jue Aziz memang terkenal akan sifat mesra dengan semua pelakon lelaki ‘jambu’. Siapa tahu Amar (Anak Wayang) ini merupakan teman tapi mesra terbaru beliau.

Kita nantikan sahaja jawapan mulut tuan punya badan lagi beberapa hari. Kami pernah terserempak Maya Karin & Farid Kamil berjalan berdua di The Curve, mungkin atas urusan kerja.