fbpx

(Gossip) Isu Mawi Kahwin Lagi Timbul, Kali Ini Dengan Izin & Restu Ekin

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Ya. Ianya timbul semula gara-gara seorang peminat dunia hiburan membawakan berita kurang senang ini ke sebuah forum.

Menurut sumber ini, yang juga menerima gossip ini dari satu sumber lain, berkata Mawi kini sudah beristeri dua.

Tiada maklumat lanjut tentang siapa isteri kedua Mawi ini namun yang pasti gadis bertuah itu datang dari kalangan orang biasa.

Gossip ini di’katakan datang dari orang kampung & sumber terdekat dengan keluarga Mawi di Felda Taib Andak.

Yang lebih menarik, Ekin di’katakan memberi keizinan kepada Mawi untuk berkahwin lain atas sebab-sebab yang tidak di’ketahui.

Ada juga suara nakal yang mengatakan Ekin tidak boleh mengandung & Mawi yang kepingin anak mengambil langkah untuk berkahwin lain.

Entah betul entah tidak kisah lama yang timbul semula ini namun yang pasti nama Mawi semakin tenggelam dalam dunia seni. Apa cerita?