fbpx

(Gossip) Fahrin Ahmad & Adeline Tsen Keluar Bersama, Bercinta?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Asal keluar bersama sahaja mesti kena gossip bercinta ye tidak? Itu’lah lumrah dunia selebriti. Mata peminat sentiasa memandang.

Terbaru, seorang peminat hiburan terserempak dengan pasangan Fahrin Ahmad & Adeline Tsen di Restoran Kayu Nasi Kandar, Dataran Sunway, Kota Damansara.

Jika ada yang tidak kenal siapa Adeline Tsen, beliau merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Hotel Mania. Fahrin Ahmad, semua kenal.

Mereka berdua tidak nampak mesra bak sepasang kekasih ketika makan & perbualan mereka juga nampak kasual — menurut kata saksi.

Namun ketika mereka berdua menuju ke tempat letak kereta setelah selesai makan, saksi mendakwa Fahrin Ahmad menyentuh bahu Adeline Tsen.

Adakah ini bibit bibit permulaan pasangan terbaru teman tapi mesra Malaysia. Kita nantikan sahaja jawapan dari Fahrin Ahmad & Adeline Tsen. Gambar besar selepas ini. Enjoice!