fbpx

Gambar: Syamsul Yusof Punyai Hubungan Cinta Dengan Pengarah Baru?

Gambar memang jenis paparazzi habis. Semoga industri hiburan Malaysia semakin maju seiring kemajuan paparazzi tempatan. Heh. Ini gossip cinta antara Syamsul Yusof & Nurul Ain Nordin, pelakon juga pengarah baru.

Awal pagi tadi, kami menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa beliau merupakan bekas krew produksi untuk filem arahan pertama Nurul Ain dan ada kisah ingin di’sampaikan.

Sumber ini mendakwa yang Syamsul Yusof seakan ada hubungan istimewa dengan pengarah filem mereka ini kerana mereka sering berdua di’lokasi selain datang bersama ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang lalu.

Lebih menarik, Nurul Ain Nordin & Syamsul Yusof mempunyai meja sendiri ketika berehat daripada penggambaran dan agak terasing daripada krew produksi yang lain.

Kali terakhir kami dengar tentang kisah cinta Syamsul Yusof adalah ketika beliau di’kaitkan dengan Liyana Jasmay dan kemudian’nya mengaku kini sedang bercinta dengan gadis bukan dari industri hiburan. Hmm.

Mungkin Syamsul Yusof & Nurul Ain Nordin memilih jalan untuk rapat luar biasa atas alasan kerja — maklumlah pengarah baru ingin menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pengarah yang pernah meraih RM12 juta kutipan tiket wayang. Gambar untuk tatapan anda selepas ini.