Gambar: Pra Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari Bertemakan Best Man Win
Oleh RotiKaya Staff pada
26 April 2012, 12:04PM

Seakan poster filem pula kami lihat gambar pertama untuk sessi fotografi pra perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari ini yang di’hasilkan indah oleh jurugambar terkenal, Saiful Nang.

Menurut Saiful Nang dalam e-mail beliau, sessi fotografi yang di’jalankan baru baru ini mengambil tema penuh berani Best Man Win yang menggambarkan kesungguhan Awal Ashaari dalam usaha memenangi hati Scha al-Yahya.

Awal Ashaari mengenakan persalinan ala tentera atau pahlawan perang & Scha al-Yahya tampak classy dalam persalinan yang menggambarkan beliau sebagai gadis idaman Malaya.



Penggunaan stesen keretapi untuk sessi fotografi ini sebagai simbol pertemuan Awal Ashaari & Scha al-Yahya dari dua arah yang berbeza. Enjoice! 

Gambar Pra Wedding Scha al-Yahya & Awal Ashaari




Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *