Oleh RotiKaya Staff pada
17 November 2011, 1:11AM

Petang tadi, berlangsung’nya majlis pelancaran yang kami kira sebagai penyepak mula kempen pemasaran untuk filem Azura 2012. Kami hadir untuk melihat poster baru — nyata, konsep masih sama.

Barisan pelakon utama yang anda sedia maklum Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki dan juga pengarah & penerbit filem Azura 2012 hadir dalam majlis yang sama berlangsung di Berjaya Times Square.

Yang menarik perhatian kami ialah kehadiran Miera Liyana yang menemani kekasih hati, Shahz Jaszle ke majis ini dan apa lagi, mereka berdua seakan menjadi tumpuan media selain filem ini sendiri.

Kami di’fahamkan oleh rakan rakan yang hadir, ini merupakan majlis pertama Shaz Jaszle & Neelofa di’pertemukan selepas isu percintaan mereka yang putus di’tengah jalan.

Filem Azura 2012 akan di’tayangkan kepada umum pada 2 Februari 2012 ini dan lagi gambar kemesraan Shahz Jaszle & Miera Liyana selepas ini. Khabarnya sang jejaka & keluarga si gadis sudah ngam. Enjoice!

Related
Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...