Oleh RotiKaya Staff pada
29 January 2012, 4:01AM

Ini sebenarnya satu entri sebagai eksperimen berapa ramai dari anda yang masih peduli dengan pasangan paling panas sepanjang tahun 2009/10 yang lalu.

Kami ada terdengar dalam minggu minggu yang lalu, suara nakal berkata sudah lama mereka tidak nampak kelibat pasangan ini di mana mana majlis hiburan.

Malam tadi, Memey Suhaiza hadir bersama suami tersayang Norman Hakim ke majlis anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/12 dan seterusnya ‘mengubat rindu’ peminat mereka.

Dalam perkembangan yang tidak berkaitan, Abby Abadi berjaya merangkul anugerah Selebriti Paling Cekal untuk tahun 2011/12 — dan anda mungkin tahu atas sebab apa. Eh. Lagi gambar Memey Suhaiza & Norman Hakim selepas ini.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...