fbpx

Jadi, bagaimana dengan 3 Janji yang mula bersiaran malam tadi? Menurut maklumbalas yang kami terima setakar ini, ada peminat yang sudah jangkakan yang siri ini bakal hangat di’perkatakan.

Pelakon utama drama bersiri 3 Janji, Liyana Jasmay ada kisah’nya sendiri untuk di’kongsi bersama para peminat — lebih lebih lagi tentang kisah cinta’nya.

Liyana Jasmay pada mulanya agak enggan bercerita tentang bakal tunang yang sudah menjadi satu perhatian namun akhirnya setuju untuk membuka mulut.

Menurut Liyana Jasmay, beliau & Fathuddin Mazlan yang bergelar ahli perniagaan bakal bertunang pada 28 Mac ini & merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada Januari 2013 selepas pulang dari Amerika Syarikat. 

Liyana Jasmay berkata kepada media yang beliau akan berangkat ke Amerika Syarikat pada Julai 2012 ini untuk mengikuti kursus pendek di New York Film Academy dalam bidang pengarahan & lakonan.

[nggallery id=2]