fbpx

Gambar: Khairul Fahmi & Dahlia Keluar Bersama, Mesra Berpimpin Tangan

Informasi yang terkandung dalam artikel ini adalah hasil cedokan dari forum Cari. Tidak kami gila nama katakan ini hasil usaha kami sendiri. Peace!

Semakin hangat drama bersiri Khairul Fahmi & Elia si Jejari Runcing ini. Satu per satu peminat kisah mereka kupas & yang terbaru, beserta gambar sebagai bahan bukti.

Khairul Fahmi sebelum ini membuat kenyataan media menafikan sebarang hubungan istimewa antara beliau dan gadis bernama Dahlia Teck dan turut menafikan gadis ini punca perpisahan dengan Elia.

Hari ini, para wartawan awam di forum Cari (terima kasih jutaan lemonade) berjaya membawa keluar dua keping gambar yang mungkin menidakkan kenyataan Khairul Fahmi sebelum ini.

Gambar penuh Khairul Fahmi & Dahlia Teck ketika keluar bersama ke Singapura selepas ini. Sekali lagi, terima kasih forum Cari, tanpa anda siapalah blogger gossip Malaysia.