Oleh RotiKaya Staff pada
02 April 2012, 12:04AM

Bagaimana hendak tahu selebriti itu sudah terlalu popular? Kad pengenalan akan menjadi bahan perhatian para peminat dan juga bukan peminat.

Kes terbaru, Aaron Aziz yang kad pengenalan Singapura beliau telah menjadi bahan perhatian di forum hiburan terkenal, Cari dan reaksi yang di’berikan agak berbeza.

Menurut maklumat dalam gambar yang di’dakwa kad pengenalan Aaron Aziz, nama sebenar beliau adalah Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa dan ini sedikit sebanyak mencetuskan debat.

Ada antara mereka mempersoal tindakan Aaron Aziz menyembunyikan nama sebenar & tidak kurang juga yang menyokong tindakan pelakon hangat ini. Persoalan sebenar, adakah gambar kad pengenalan Aaron Aziz ini tulen atau fabrikasi? 

Bandingkan kad pengenalan Singapura yang di’dakwa milik Aaron Aziz dengan kad pengenalan popular milik Batman Bin Suparman yang telah menjadi satu perhatian dunia tidak berapa lama dahulu. Hmm.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...